BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
Ini akan memberi masa yang cukup untuk calon membuat persediaan.
"Saya kata Mac jadi pada Mac, maka sesuailah dengan 7 Mei (merujuk kepada tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata Prayuth kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan kabinet pada Selasa.
Penggal penuh empat tahun Dewan Perwakilan akan berakhir pada 23 Mac.
Di bawah perlembagaan, andai Dewan dibubarkan sebelum penggal tamat, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran dan tidak boleh melebihi 60 hari.
Bagaimanapun, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas tamat penggal Dewan pada 23 Mac.
Pada masa ini, ahli politik dan calon pilihan raya sudah pun memulakan kempen mereka.
Mengikut perlembagaan, calon boleh memulakan kempen bermula 24 Sept lepas, 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.
Sementara itu, Prayuth berhasrat untuk bertanding lagi walaupun had penggal lapan tahunnya sebagai perdana menteri berakhir pada 2025.
Tinjauan pendapat menunjukkan anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra - Paetongtarn menjadi pilihan utama untuk jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei. - Gambar fail/AP
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.